Tuesday, March 26, 2019
Friday, February 15, 2019
Tuesday, January 22, 2019
ASRAMA POLITEKNIK PERLU DITAMBAH
Putrajaya 25 Mac 2013
Kadar penginapan pelajar politeknik di dalam kampus bakal ditingkatkan kepada 45% dalam tempoh dua setengah tahun dari sekarang selepas beberapa projek pembinaan infrastruktur disiapkan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pada masa kini hanya 30% pelajar politeknik menetap di asrama manakala selebihnya menyewa diluar kampus. Katanya pihak kementerian sentiasa berusaha menyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar, bagaimanapun tertakluk kepada kemampuan kewangan.
" Pembinaan projek secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI) merupakan usaha pihak kementerian untuk meningkatkan penginapan pelajar politeknik sedikit demi sedikit. Sudah menjadi keutamaan setiap tahun pihak kementerian akan cuba meningkatkan jumlah kediaman," katanya dalam sidang akhbar disini hari ini.
Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian konsesi cadangan pembangunan asrama pelajar untuk tujuh politeknik melalui kaedah PFI antara pihak kementerian dengan syarikat Konsortium PAE Sepakat Sdn. Bhd disini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor dan Pengerusi Konsortium PAE Sepakat, Abu Bakar Ismail yang menjadi wakil menandatangani perjanjian untuk kedua-dua pihak. melalui perjanjian tersebut, Konsortium PAE Sepakat akan membangunkan infrastruktur blok asrama, kafeteria, pencawang elektrik, rumah sampah dan pondok pengawal.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, melalui kaedah PFI, konsortium berkenaan diberikan tanggungjawab membina dan menyenggara asrama utuk 10,000 pelajar di tujuh politeknik. Beliau berkata, tempoh pembinaan untuk keseluruhan projek bernilai RM 288 juta itu memakan masa selama dua setengah tahun dan untuk penyenggaraan mengambil masa 20 tahun.
" Projek ini membabitkan pembinaan asrama untuk masing-masing 1,000 pelajar di Politeknik Port Dickson, Politeknik Seberang Perai, Politeknik Ibrahim Sultan, pasir Gudang dan seramai 2,500 pelajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Sementara itu 1,500 pelajar masing-masing di Politeknik Kota Bharu, Politeknik Jeli dan Politeknik Banting." katanya.
Monday, January 21, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)